Assalamualaikum...
bila nak berbicara tentang cinta...ummi teringat kepada arwah ibu ummi. Dialah cinta umi selepas Allah dan rasulullah...
Ummi pasti semua merasakan ape yg ummi rasakan terhadap ibu masing2. Kengkadang kita ada rasa perasaan marah pada ibu kita..kita asik berpikir kenape ibu sering sahaja menentang kehendak kita? Adakah kerana ibu x mahu melihat kita gembira? tak mahu melihat kita bahagia? Anak2 zaman sekarang sungguh berbeza dgn anak2 zaman dahulu...marahkan ibu mereka sanggup menengking dan menunjukkan perasaan marah itu terang-terangan.
Di zaman ummi dulu...kalau ummi jegilkan mata dari jarak jauh pun dah takut. kalau tengah bermain tu sanggup berhenti sebab takut bila balik rumah nanti akan ada rotan yg menyinggah di kaki. Tapi anak2 sekarang, bila di larang..siap tanya "Kenape plak tak boleh buat?"... di zaman ummi dulu..pertanyaan itu dah di kira kurang ajar.
tetapi walau apa pun..ummi tetap merasakan cara pendidikan menggunakan rotan lebih berkesan dari Psychology. Mungkin ummi di anggap ketinggalan..tetapi..itulah hakikat nya..
Kepada Ibu Arwah Hajah Kalsom Mohd Zin... mungkin dah terlambat untuk mengucapkan kata sayang dan cinta ummi kepadanya sekarang..tetapi ummi bershukur sebab ummi sempat mengucapkan kata sayang pada arwah sebelum arwah pergi..
Kepada yg masih mempunyai ibu...tolong lah hilangkan rasa marah (jika ada) dan tunjukkan lah rasa sayang anda kepada ibu anda...sebelum terlambat. Sesungguhnya..siapa lah kita tanpa ibu dan bapa..?

Yup....orang dulu ngan sekarang x sama caranya..kalau pukul ckit terus cll teledera pulak kan?? hiuhiuhiuh :) apa pon masa dulu labih baik kalau nak dibandingkan dari yang sekarang kan?kan?
ReplyDelete